Kulit muka saya rosak teruk selepas guna produk lain.

Kulit muka rosak teruk jika menggunakan produk yang mengganggu fisiologi kulit. Kulit muka jadi semakin gelap. Macam hangus terbakar. Ada yang kulit muka jadi kemerahan dan semakin nipis. Tak boleh disentuh dan terasa sangat pedih.

Semua ini berlaku apabila kita menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti hidrokuinon dan merkuri. Dua bahan ini digunakan untuk menampakkan kesan segera kepada kulit wajah. Tetapi ia bukan merawat. Ia menghakis lapisan kulit yang tidak sepatutnya.

Perlu jelas lapisan kulit kita yang paling luar dipanggil epidermis. Lapisan ini sangat nipis. Epidermis ini pula terbahagi kepada lima lapisan. Lapisan paling luar dipanggil stratum korneum. Lapisan paling dalam adalah stratum basal.

Sel kulit yang baru akan terhasil setiap hari di stratum basal. Kemudian sel ini mengambil masa 28 hari untuk menjadi sel mati dan akan berada di stratum korneum. Jadi sel kulit mati pada hari ini, adalah sel kulit yang terhasil 28 hari yang lalu. Dan rutin ini berlaku setiap hari.

Yang perlu dibuang adalah sel kulit mati ini. Setiap hari akan ada sel kulit mati yang perlu dibuang. Apa yang berlaku, produk yang mengandungi bahan berbahaya ini bukan sahaja membersihkan sel kulit mati, tetapi menghakis lapisan kulit yang tidak sepatutnya.

Kulit kita akan jadi semakin nipis dan tiada pelindung. Sebab itulah kita akan terasa sangat pedih. Dari lima lapisan dalam epidermis, hanya tinggal tiga lapisan sahaja. Dan lapisan yang tidak cukup ini sangat berbahaya kepada kulit kita.

Kulit muka kita juga menjadi gelap kerana produk yang mengandungi hidrokuinon menghalang penghasilan melanin supaya kulit kita menjadi cerah. Melanin adalah pigmen yang berwarna gelap yang dihasilkan untuk melindungi kulit kita dari sinar UV. Hapuskan melanin, tiada lagi pigmen yang berwarna gelap dan kulit kita akan menjadi cerah.

Tetapi hal ini akan mengganggu fisiologi kulit. Melanin sangat diperlukan oleh kulit untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Kulit akan terdedah kepada bahaya sinar UV jika tiada pelindung dari melanin.

Apabila kita mula berhenti dari memakai produk yang menghalang penghasilan melanin, sel melanosit mula menghasilkan melanin secara mendadak dan banyak. Semua ini adalah untuk melindungi kulit kita kerana kulit sudah tiada pelindung.

Penghasilan melanin yang berlebihan ini akan menyebabkan kulit kita menjadi semakin gelap dan kelihatan seolah-olah terbakar. Jika kita tahu yang kulit kita terdedah dengan sinar UV tanpa pelindung, maka warna kulit yang semakin gelap adalah perkara yang betul dan tepat. Inilah fisiologi kulit yang betul dan terjadi secara semulajadi.

Bolehkah DERMAGs bantu pulihkan kembali kulit muka yang rosak teruk?
Boleh. DERMAGs adalah produk semulajadi yang tak ganggu fisiologi kulit. Produk DERMAGs tidak mengandungi bahan berbahaya seperti hidrokuinon dan merkuri. Ia hanya membantu sel kulit terhasil secara semulajadi tanpa mengganggu fungsi kulit.

Bagaimana Dermags boleh bantu?

Untuk kulit wajah yang jadi semakin gelap, produk DERMAGS akan membantu mengurangkan penghasilan melanin dengan cara merencatkan penghasilan enzim tyrosinase. Dalam produk DERMAGS, terdapat sejenis bahan aktif daripada ekstrak kulit manggis yang dipanggil ALPHA-MAGS.

Enzim tyrosinase adalah enzim yang menggalakkan penghasilan melanin. Apabila alpha-mags mampu merencatkan penghasilan enzim tyrosinase, secara automatik penghasilan melanin juga akan berkurangan.

Pengurangan melanin ini berlaku secara perlahan-lahan dan tidak mendadak. Ianya berlaku secara semulajadi dan tidak mengganggu fisiologi kulit. Kulit yang kelihatan hangus terbakar akan pulih secara perlahan-lahan dan ianya bukan hasil yang segera.

Untuk kulit muka yang nipis dan pedih juga sama. Produk DERMAGS tidak menghakis lapisan kulit untuk membersihkan sel kulit mati.

Produk DERMAGS akan membantu dan memperkuatkan sel kulit baru yang terhasil di lapisan stratum basal. Sel kulit ini akan perlahan-lahan bergerak ke lapisan seterusnya dan membentuk lapisan-lapisan yang telah terhakis.

Sel kulit baru yang sihat ini akan mengambil masa selama 28 hari untuk membentuk lapisan kulit paling luar iaitu stratum korneum. Rutin ini berlaku setiap hari dan produk DERMAGS hanya membantu penghasilan sel baru setiap hari agar sel baru ini kuat dan sihat secara semulajadi.

Berapa lama masa perlu diambil?

Bergantung kepada individu dan tahap kerosakan kulit. Setiap orang pasti berbeza cara hidup. Cara pemakanan juga berbeza. Ada orang yang sentiasa makan makanan yang berkhasiat. Tambah lagi dengan suplemen. Kesannya mungkin lebih cepat.

Selain itu, usia juga mainkan peranan dalam pemulihan kulit. Semakin berusia, semakin lambat kulit kita pulih kerana penghasilan enzim-enzim sudah semakin perlahan.

Tahap stress setiap orang juga berbeza. Stress ini berkait rapat dengan hormon manusia. Ada orang yang tinggi tahap stressnya. Ada orang yang tak stress. Sebab tu orang yang sentiasa gembira dan ceria, mukanya nampak muda dan sihat.

Selain daripada produk DERMAGS membantu memulihkan kulit wajah, faktor-faktor di atas juga memainkan peranan yang besar.

Sebab itu, ada orang yang dapat lihat kesan penggunaan produk DERMAGS seawal 7 hari. Ada yang hasilnya dalam masa sebulan. Malah ada juga yang dapat lihat perubahan selepas 3 bulan.

Yang paling penting adalah kita tahu tentang fisiologi kulit. Apabila kita tahu dan yakin, masa bukan halangan. Yang penting adalah produk semulajadi dan tidak mengganggu fisiologi kulit.

Comments

comments