APA ITU KULIT KUSAM?

Kulit kusam adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh setiap orang. Kulit yang kusam ini adalah kulit yang tidak mempunya seri wajah ataupun istilah yang popular digunakan iaitu ‘flawless’ atau ‘glowing’. Kebiasaannya, tona kulit kusam ini mempunyai tekstur atau tona kulit yang tidak sekata (uneven skin and tone).

Kulit kusam ini boleh terjadi kerana perubahan warna kulit akibat sinar UV, bintik-bintik gelap, liang pori yang tidak sekata, dan juga faktor penuaan seperti kedutan dan kendur.

TANDA-TANDA MEMPUNYAI WAJAH KUSAM

Mereka yang mempunyai kondisi kulit muka kusam bukan sahaja akan nampak tidak ceria, tetapi juga lebih tua dari usia sebenar. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, segera rawat kulit wajah anda :

  1. Kemunculan garis-garis halus pada kulit wajah.
  2. Lingkaran gelap di bawah mata.
  3. Kulit kelihatan kering.
  4. Kulit wajah berminyak.
  5. Kemunculan bintik atau jerawat kecil.

PUNCA KULIT KUSAM TERJADI

Ada pelbagai punca yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam antaranya :

1) Kulit Yang Kering Dan Dehidrasi

Kulit kering menyebabkan kulit wajah menjadi tidak bercahaya. Apabila kulit dehidrasi atau kering, garis halus menjadi lebih jelas, kulit kelihatan kasar dan tona kulit menjadi tidak berseri dan ceria.

2) Sel Kulit Mati Yang Terkumpul

Sama seperti kulit kering, sel-sel kulit mati yang terbina boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Cuba bayangkan kulit kita seperti sebuah tingkap. Apabila tingkap itu kotor, cahaya tidak dapat menyinari dan menyebabkan suasana menjadi suram.

3) Penuaan

Apabila usia semakin berganjak tua, pembentukan sel baru menjadi perlahan. Keadaan ini menyebabkan sel kulit yang mati di bawah permukaan kulit menjadikan wajah menjadi kusam. Selain itu, penuaan (skin aging) akan menimbulkan kesan sunburn yang jelas, kedut dan juga kesan sinaran cahaya UV.

4) Diet Yang Tidak Sihat

Seperti pepatah yang biasa kita dengar, “anda adalah apa yang anda makan”. Kafein dan gula yang diambil secara berlebihan boleh menyumbang kepada kulit yang kusam dan kering. Bagi non muslim, pengambilan alkhol yang berlebihan juga menjadi faktor kulit menjadi kering dan kusam.

5) Stress

Selain menyebabkan tubuh badan menjadi tidak sihat, stress yang melampau boleh memberikan kesan buruk kepada kulit wajah. Gaya hidup yang sihat akan turut menyihatkkan kulit wajah.

6) Kurang Minum Air Masak

Air masak sangat penting bagi tubuh kerana fungsinya adalah untuk membuat tubuh terhidrasi, termasuklah memberikan kelembapan kepada kulit. Kuantiti air yang mencukupi membantu Proses penghasilan sel-sel kulit baru.

7) Menggunakan Produk Yang Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Bahan kimia yang merbahaya dalam produk tersebut biasanya akan membunuh sel melanocytes yang tugasnya menghasilkan pigment melanin. Kesan buruk akan terjadi apabila kita berhenti menggunakan produk berbahaya tersebut. Kulit akan mengalami proses penyembuhan yang mana melanocytes sel akan mula growth dan menghasilkan pigment melanin. Keadaan ini besar kemungkinan menyebabkn kulit nampak kusam.

3 CARA NATURAL & SELAMAT UNTUK MERAWAT KULIT KUSAM

Jika anda mempunyai wajah yang kusam dan sedang berusaha nak merawat masalah tersebut, gunakan cara yang mudah, selamat dan natural ini untuk membantu mengembalikan wajah yang ‘glowing’ dari dalam dan luar :

Minum air masak yang mencukupi.
Membuang sel kulit mati dengan melakukan kaedah ‘exfoliation (pengelupasan). Gunakan bahan yang ada di dapur anda untuk dijadikan scrub atau ‘face mask’ seperti oatmel, yogurt, timun dan juga tomato.
Elakkan berada di bawah sinaran cahaya UV secara berlebihan. Amatlah digalakkan menggunakan bedak asas atau krim yang mengandungi SPF 50+

3 KAEDAH LAIN YANG TERBUKTI BERKESAN MERAWAT KULIT KUSAM

Kaedah-kaedah ini mengunakan produk yang diformulasi khas untuk penjagaan kulit.

1) Gunakan DERMAGs Intensive Brightening Cleanser

DERMAGs Intensive Brightening Cleanser adalah pembersih wajah bertekstur ringan dan halus yang sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Menjadikan kulit lebih sihat, segar, bersinar, dan awet muda Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori
  • Mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit

2) Gunakan DERMAGs Intensive Brightening Serum

DERMAGs Intensive Brightening Serum adalah serum penjagaan kulit wajah yang berupaya memberi kuasa serapan maksima 100% lebih berkesan untuk mencerah kulit wajah dan memperbaiki sel kulit.

  • Mencerahkan kulit wajah secara sekata
  • Merawat masalah kulit wajah (parut, jeragat, jerawat, kesan terbakar, dll
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
  • Mengimbangi lebihan minyak
  • Mengatasi kulit kering dan kusam
  • Memulihkan sel kulit yang rosak
  • Menyerlahkan keserian kulit wajah secara semulajadi

Cara penggunaan:

Picit 3-5 titis ke seluruh wajah dan leher dan ratakan secara lembut. Biarkan serapan serum pada wajah sehingga kering.
Digalakkan penggunaan 2 kali sehari untuk kesan lebih efektif (pagi dan malam).

3) Gunakan DERMAGs Intensive Refining Cream

DERMAGs Intensive Refining Cream membantu mengembalikan keseimbangan lembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit yang cerah, halus, dan gebu.

  • Melindungi kulit wajah daripada dehidrasi, kotoran, dan pencemaran alam sekitar.
  • Melindungi kulit wajah daripada sinaran UVA/UVB yang merbahaya
  • Membantu mencegah penuaan pramatang.
  • Bertindak sebagai perlindungan untuk menutup kesan parut dan jeragat pada kulit wajah.

Cara penggunaan (siang hari):

Sapukan secara nipis dan sekatakan dengan gerakan memijat pada keseluruhan kulit wajah
Urutan Penggunaan Berkesan

Bagi anda yang ingin merawat masalah kulit kusam, gunakan 3 produk ini mengikut saranan urutan seperti berikut :

Cleanser > Serum > Refining Cream.

Comments

comments