Bahan Aktif Alpha Mags

Dermags adalah jenama produk penjagaan kulit, hasil R&D Saintis dari Universiti Teknologi Malaysia iaitu Dr.Mariani Abdul Hamid. Produk Dermgas adalah berasaskan kulit manggis, lebih spesifik lagi ianya dari sejenis bahan aktif dalam kulit manggis bernama Alpha Mangostin ataupun Alpha Mags. Produk Dermags adalah produk yang unik kerana merupakan satu-satunya produk yang mempunyai bahan aktif Alpha-Mags.

Alpha Mags berperanan penting dalam membantu merencatkan Enzyme Tyrosinase. Enzyme Tyrosinase adalah enzyme yang menggalakkan penghasilan melanin. Dengan kehadiran bahan aktif Alpha Mags, enzyme tersebut berkurangan, melanogenesis akan perlahan dan menyebabkan pigment melanin yang terhasil berkurangan. Hasilnya, kulit akan menjadi lebih cerah kerana pigment melanin ini yang menentukan warna kulit manusia.

DERMAGS telah memenangi beberapa anugerah penyelidikan berkaitan alpha-mags antaranya adalah:

Pingat Emas Seoul International Invention Fair 2013
Pingat Emas ITEX 2013
Pingat Emas INATEX 2012
Pingat Perak Bio Innovation Award 2013

Produk Dermags terdiri daripada 6 jenis iaitu :

  1. DERMAGs Intensive Brightening Serum
  2. DERMAGs Intensive Brightening Cleanser
  3. DERMAGS Intensive Brightening Skin Softener
  4. DERMAGs Intensive Refining Cream
  5. DERMAGs Hydrating Moisturizer
  6. DERMAGs BB Cushion SPF 50 PA+++

Kelebihan Kandungan Alpha Mags

Daripada 6 produk itu, hanya 3 produk sahaja yang mengandungi bahan aktif Alpha Mags iaitu cleanser, skin softener dan serum. Kandungan Alpha Mags di dalam Intensive Brightening Serum adalah paling kaya berbanding produk Dermags yang lain.

Kandungan Alpha Mags di dalam DERMAGs Intensive Brightening Serum dilengkapkan dengan teknologi nano emulsion yang membantu penyerapan maksimum dalam proses pembaikian sel kulit dan turut menggalakkan penghasilan kolagen.

Dengan teknologi ini juga, bahan-bahan aktif Alpha-Mags akan terus menyerap ke lapisan basal di antara epidermis dan dermis untuk memberi kesan optimum terhadap sel-sel kulit (melanocytes, fibroblast & keratinocytes). Sel-sel kulit akan lebih cepat bertindak balas lalu memberikan hasil yang positif ke atas kulit.

Kajian yang dijalankan mendapati kesan positif ke atas kulit meningkat sebanyak 60-80% berbanding formulasi biasa yang terdapat dalam kebanyakan produk di pasaran.

Selain daripada itu, Alpha Mags juga menggalakkan sel-sel fibroblast yang ada pada lapisan paling bawah kulit untuk menghasilkan lebih banyak collagen bagi membantu anti-penuaan dan dalam masa yang sama memelihara keanjalan kulit, menyihatkn kulit, di samping mengurangkan garis-garis kedutan tanda penuaan.

Kini telah terbukti, penggunaan DERMAGs Intensive Brightening Serum dengan cara yang betul dan konsisten sudah mencukupi untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit.

Comments

comments